Tips Elakkan Pedih Ulu Hati pada Bulan Ramadan

Pedih ulu hati ialah rasa pedih pada bahagian dada. Ia juga boleh disertai dengan kembung perut, gas, loya, sesak nafas dan rasa masam berasid di tekak. Pedih ulu hati ialah simptom biasa. Namun, sesetengah orang kerap mengalaminya terutamanya pada bulan Ramadan.

Berikut merupakan tips untuk mengelakkan pedih ulu hati ketika berpuasa.

202204 - Tips Elakkan Pedih Ulu Hati pada Bulan Ramadan_2

Makan dalam kuantiti sederhana

Anda digalakkan untuk berbuka puasa dengan makanan yang ringan dan kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas yang tinggi dan makanan terproses. Jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh merangsang pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut.

202204 - Tips Elakkan Pedih Ulu Hati pada Bulan Ramadan_3

Minum air yang mencukupi

Ambil 8 gelas air sehari seperti yang disarankan terutamanya pada bulan puasa. Pengambilan air memberi kesan kepada kepekatan asid di dalam perut. Kepekatan asid ini boleh mengganggu sistem penghadaman anda. Elakkan juga minuman yang terlalu manis atau berkarbonat.

202204 - Tips Elakkan Pedih Ulu Hati pada Bulan Ramadan_1

Elakkan makanan perangsang

Elakkan makanan yang digoreng, berempah, pedas dan masam ketika bersahur dan berbuka puasa. Minuman yang mengandungi kafein juga perlu diambil dalam kuantiti yang berpada-pada.

202204 - Tips Elakkan Pedih Ulu Hati pada Bulan Ramadan_4

Elakkan tidur selepas sahur

Anda digalakkan untuk tunggu selama dua hingga tiga jam sebelum kembali tidur. Badan anda memerlukan masa untuk meghadamkan makanan. Apabila tubuh anda berada dalam keadaan berbaring, asid perut boleh naik ke esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.  

202204 - Tips Elakkan Pedih Ulu Hati pada Bulan Ramadan_5

Ambil remedi semula jadi

Cubalah VitaHealth CHARGE-UP™ GUSTOCALM untuk melegakan pedih ulu hati dengan segera dan menyembuhkan lapisan perut. Rumusan unik ini mengandungi Gastro-AD® dan GutGard® dalam tablet kunyahan  berperisa pudina yang menyegarkan.