0 items Checkout
News & Event

Terma dan Syarat:

1. Program Penebusan "Wajahmu Seindah Hijabmu" (Program) adalah dibuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan VitaHealth Malaysia Sdn. Bhd. (Penganjur), syarikat gabungan, agensi pengiklanan dan pembekal Penganjur; serta ahli keluarga terdekat masing-masing.

2. Program bermula dari 1 November hingga 30 November 2018 (Tempoh Program). Penyertaan yang diterima selepas Tempoh Program tidak akan diterima dan dibatalkan. Penganjur berhak untuk menukar, menangguh dan/atau melanjutkan tempoh Program dan/atau membatalkan Program pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

3. Untuk menyertai Program ini, peserta dikehendaki membeli VitaHealth Asta-Glutathione Plus 2x30’s dan mana-mana produk VitaHealth berjumlah sekurang-kurangnya RM 299 dari mana-mana cawangan yang mengambil bahagian dalam Tempoh Program dan mengemukakan kemasukan secara digital melalui WhatsApp Messaging kepada 011-1657 7463 dari nombor telefon bimbit berdaftar tempatan. Setiap penyertaan mesti disertakan dengan bukti pembelian (BP) dan nama Peserta, nombor telefon dan nombor MyKad yang ditulis di atas BP. BP bagi setiap penyertaan ialah resit asal yang dicetak untuk pembelian dalam Tempoh Program. Penganjur tidak akan menghantar sebarang pengakuan penerimaan penyertaan.

4. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan. Setiap BP layak untuk satu (1) penyertaan sahaja. Peserta tidak dibenarkan menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan BP yang sama kepada Penganjur.

5. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya : a) BP yang dikemukakan adalah salinan, tidak betul, tidak jelas dan/atau rosak; dan/atau b) Butir-butir yang dikehendaki tidak diberikan, tidak lengkap, tidak jelas dan/atau tidak tepat.

6. Penganjur berhak untuk meminta bukti BP untuk pengesahan. Peserta mesti menyimpan BP asal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk tujuan pengesahan. Kegagalan untuk menunjukkan BP apabila diminta oleh Penganjur akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

7. Terdapat 50 Hadiah berupa tiket penyertaan ke Bengkel Kecantikan dan Kesihatan "Wajahmu Seindah Hijabmu" di Regency Waterfront Hotel, Terengganu pada 7 Disember 2018 dan Grand Riverview Hotel, Kelantan pada 8 Disember 2018 masing-masing.

8. Penebusan Hadiah terbuka kepada 50 Perserta pertama di kedua-dua tempat masing-masing sepanjang Tempoh Program. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah sahaja sepanjang Tempoh Program.

9. Pemenang akan menerima notifikasi Whatsapp dan senarai Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Penganjur di www.facebook.com/vitahealthmy. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada Pemenang tidak diterima atau kelewatan penghantaran notis kepada Pemenang.

10. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan Pemenang yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan Pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

11. Pemenang mesti mematuhi Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh Penganjur yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga Terma dan Syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Hadiah yang hilang dan/atau rosak semasa proses penghantaran tidak akan diganti dan Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dan semua liabiliti yang timbul dan tidak bertanggungjawab untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/atau rosak.

12. Pemenang dan/atau waris mereka hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam Program, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

13. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran, peralatan-peralatan termasuk alat solek, hijab dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Program dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

14. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan Hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua Hadiah yang diberikan dalam "keadaan sedia ada" dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

15. Dengan menyertai Program ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Program, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Program. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

16. Penganjur boleh menggunakan maklumat peribadi Peserta bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau Program yang dianjurkan oleh Penganjur.

17. Setakat mana undang-undang membenarkan, Peserta berhak meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan data peribadi yang disimpan oleh Penganjur. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis hendaklah dialamatkan kepada VitaHealth Malaysia Sdn. Bhd. 23, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom Glenmarie Industrial Park Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor; atau hubungi Penganjur pada 1800-18-3288.

18. Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki membega proses penghantaran penyertaan Program atau pengendalian Program dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menjejaskan Program.

19. Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Program sekiranya Penganjur tidak dapat mengendalikan Program seperti yang dirancang termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik Penganjur.

20. Semua gambar yang digunakan dalam Program adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada barangan sebenar. Harga yang ditunjukkan adalah betul pada tarikh percetakan.

21. Terma dan Syarat Program dan kaedah penyertaan Program boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Program. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

22. Dengan menyertai Program ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat, serta keputusan Penganjur.





Copyright © 2005 - 2018 VitaHealth Malaysia Sdn Bhd (534481-V) All rights reserved.